‹ Semua surah

سُورَةُ المَسَدِ

Surah Al-Masad — Sabut

Surah ke-111 · 5 ayat · Makkiyyah

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Kitab tafsir
111:1

تَبَّتْ يَدَآ أَبِى لَهَبٍۢ وَتَبَّ

Binasalah kedua-dua tangan Abu lahab, dan binasalah ia bersama!

111:2

مَآ أَغْنَىٰ عَنْهُ مَالُهُۥ وَمَا كَسَبَ

Hartanya dan segala yang diusahakannya, tidak dapat menolongnya.

111:3

سَيَصْلَىٰ نَارًۭا ذَاتَ لَهَبٍۢ

Ia akan menderita bakaran api neraka yang marak menjulang.

111:4

وَٱمْرَأَتُهُۥ حَمَّالَةَ ٱلْحَطَبِ

Dan juga isterinya, seorang perempuan pemunggah kayu api. -

111:5

فِى جِيدِهَا حَبْلٌۭ مِّن مَّسَدٍۭ

Di lehernya sejenis tali, dari tali-tali yang dipintal.