‹ Semua surah

سُورَةُ العَادِيَاتِ

Surah Al-Adiyat — Kuda Perang

Surah ke-100 · 11 ayat · Makkiyyah

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Kitab tafsir
100:1

وَٱلْعَٰدِيَٰتِ ضَبْحًۭا

Demi Kuda Perang yang tangkas berlari dengan kedengaran kencang nafasnya,

100:2

فَٱلْمُورِيَٰتِ قَدْحًۭا

Serta mencetuskan api dari telapak kakinya,

100:3

فَٱلْمُغِيرَٰتِ صُبْحًۭا

Dan meluru menyerbu musuh pada waktu subuh,

100:4

فَأَثَرْنَ بِهِۦ نَقْعًۭا

Sehingga menghamburkan debu pada waktu itu,

100:5

فَوَسَطْنَ بِهِۦ جَمْعًا

Lalu menggempur ketika itu di tengah-tengah kumpulan musuh;

100:6

إِنَّ ٱلْإِنسَٰنَ لِرَبِّهِۦ لَكَنُودٌۭ

Sesungguhnya manusia sangat tidak bersyukur akan nikmat Tuhannya.

100:7

وَإِنَّهُۥ عَلَىٰ ذَٰلِكَ لَشَهِيدٌۭ

Dan sesungguhnya ia (dengan bawaannya) menerangkan dengan jelas keadaan yang demikian;

100:8

وَإِنَّهُۥ لِحُبِّ ٱلْخَيْرِ لَشَدِيدٌ

Dan sesungguhnya ia melampau sangat sayangkan harta (secara tamak haloba).

100:9

۞ أَفَلَا يَعْلَمُ إِذَا بُعْثِرَ مَا فِى ٱلْقُبُورِ

(Patutkah ia bersikap demikian?) Tidakkah ia mengetahui (bagaimana keadaan) ketika dibongkarkan segala yang ada dalam kubur?

100:10

وَحُصِّلَ مَا فِى ٱلصُّدُورِ

Dan dikumpul serta didedahkan segala yang terpendam dalam dada?

100:11

إِنَّ رَبَّهُم بِهِمْ يَوْمَئِذٍۢ لَّخَبِيرٌۢ

Sesungguhnya Tuhan mereka Maha Mengetahui dengan mendalam tentang (balasan yang diberikanNya kepada) mereka - pada hari itu.