Jadikanlah niatmu ikhlas hanya kerana Allah Ta'ala pada segala pergerakanmu, diammu dan percakapanmu.
Ketahuilah bahawa niat yang baik kadang-kadang dapat mengubah adat kebiasaan menjadi ibadah; seperti makan, minum, tidur dan pergi ke pasar.
Kerana apabila kamu berniat dengan makan dan minum untuk menguatkan diri dalam melakukan ketaatan, dan dengan melakukan sebab-sebab rezeki "seperti pergi ke pasar" untuk menjaga kehormatan diri dan keluargamu daripada meminta-minta kepada makhluk, dan dengan tinggal di rumah untuk berbuat baik kepada diri sendiri dengan bersembunyi di dalam rumah daripada pandangan orang dan (menjaga) khadam daripada melihat aurat.
Dan (berniat dengan) kebersihan pakaian serta perkakas yang digunakan sebagai tanda menzahirkan nikmat Allah Ta'ala dan menggunakannya di jalan ketaatan; maka semua perkara ini akan menjadi ibadah yang kamu akan diberi pahala atasnya.